Assalamualaikum!
Lama benar aku hibernatekan blog ni. Ya, hibernate seperti seekor beruang polar yang perlukan kelangsungan hidup di tengah cuaca melampau di Kutub Utara. Alasan? mungkin kau tak mahu dengar alasannya, tapi aku anggap sebagai taufan yang mendatang dengan begitu kuat. Menghentam diri aku hingga terkapai kapai keseorangan. Tak perlu aku ceritakan tentangnya secara terperinci, sebab aku menaip bukan meminta ehsan sesiapa.
Tidak seperti blog lain yang hangat dengan cerita Mee Cintan dan Travelog mereka. Blog ini cuma tempat aku nukilkan apa yang aku rasa ianya sesuai untuk aku dan kau baca. Kalau ada peranti atau perisian mahupun tempat yang bagus untuk dikunjungi aku akan cuba kongsikan dengan kau. Terasa kekok pulak menaip kali ni. Macam orang baku plox (hahahahaa).
Aku harapkan kali ini aku tak seperti hangat hangat tahi ayam, sekejap semangat sekejap tak. doakan agar blog ni terus bernyawa dan dapat beri korang something that great to share with others like you.
Wassalam.
- Saif Hazimie -
0 comments:
Post a Comment